The best bookmaker bet365

Дървен материал от www.emsien3.com

KURSUS AL-RUMMAN POWER

 

 

 

Kursus Al-Rumman berlangsung pada 25 & 26 Jun 2022 di Tower Regency Hotel, Ipoh. HQ YMR menjemput speaker jemputan, Dato' Lothfi Ibrahim sebagai speaker utama selama dua hari program berlangsung.

Dato' Lothfi menekanan kepentingan "team work", Mengenali kelebihan diri dan pelbagai lagi cara untuk memikat pelanggan, dan untuk lebih yakin dalam perbualan bersama pelanggan. Peserta-peserta juga diberi peluang untuk mempraktis cara untuk berhadapan dengan penolakan dari pelanggan. Cara untuk menyakinkan mereka, mengenali produk AL-Rumman dengan lebih baik.

Selain itu, pelbagai perkongsian menarik dari Leader-leader YMR, cara mereka untuk berhadapan pelanggan, pahit manis mereka selama di dalam YMR. Progam ini dapat mendekatkan ahli-ahli baru bersama leader-leader mereka. 

Semoga dengan kursus ini, ahli-ahli lebih bersemangat untuk bersama YMR, dan meningkatkan keyakinan diri meraka untuk berhadapan dengan halangan di luar sana. 

 

Terima Kasih kepada semua Ahli yang memeriahkan kursus Al-Rumman Power. Semoga berjumpa lagi di dalam program yang akan datang.

   

    

     

 

 

 

Selamat Hari Keputeraan Sultan Terengganu. Moga Allah berkati dan lanjutkan usia Tuanku!

 
Setinggi-tinggi ucapan syukur ke atas
Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sempena ulang tahun hari keputeraan baginda.
 
 
Kami mendoakan semoga Allah lanjutkan usia Tuanku di bawah naungan Ilahi da
berdoa agar Tuanku dikurniakan kesihatan untuk memerintah dan menjaga rakyat jelata.
 
 
Allah peliharakan Sultan.
Allah selamatkan Sultan.

 

KURSUS USAHAWAN AL-RUMMAN

KURSUS USAHAWAN AL-RUMMAN bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh, 08 Januari 2022. Bersama-sama team Utara untuk sama-sama belajar dengan lebih baik pelan pemasaran, produk dan syarikat YMR International Marketing sdn. bhd..
 
Terima Kasih kepada leader-leader UTARA, En Meor Johaidi, En Mohd Fitri & En Muhammad Khadapi kerana berkongsi pengalaman selama dalam YMR dan cara-cara untuk berjaya di dalam YMR.
 
Semoga segala ilmu yang diperolehi dimanafaat sebaiknya. Yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang tidak baik itu datang dari diri kami sendiri
 
Hingga jumpa lagi.

    

    

   

   

 

KENAIKAN PANGKAT DEC 2021

KENAIKAN PANGKAT DECEMBER 2021

Tahniah kepada semua yang berjaya. Teruskan usaha anda bersama YMR

      

    

   

SANTAI PETANG BERSAMA AL-RUMMAN

 

 

 

HARI PELANGGAN : SANTAI BERSAMA AL-RUMMAN

Program Santai Bersama Al-Rumman berlangsung pada 04 Disember 2021, di Astana Fartisha, Ipoh, Perak. Program yang padat dengan input-input kepada ahli-ahli YMR juga kepada pengguna baru YMR. Perkongsian tentang pengenalan syarikat yang padat dari En. Meor Johaidi amat membantu ahli-ahli untuk mengenali dengan lebih baik perihal syarikat.

Slot seterusnya daripada En. Muhd Fitri tentang kebaikan serta kelebihan produk Halal serta kelebihan produk Halal di dalam penggunaan harian kita. Program diselitkan dengan aktiviti cabutan bertuah, 15 pemenang bertuah memenangi pelbagai hadiah menarik dari pihak HQ.

Program diteruskan dengan penerangan produk Al-Rumman dan pelan pemasaran YMR International Marketing Sdn. Bhd. Oleh Pengarah Urusan En. Mohd Yusof. Penerangan yang jelas dan tepat oleh beliau dapat membantu ahli-ahli YMR memahami dengan lebih baik cara-cara untuk memulakan perniagaan dengan YMR International Marketing Sdn. Bhd.

Program diteruskan dengan pengiktirafan kepada ahli YMR yang bertungkus-lumus dalam jualan produk YMR. Penyampaian sijil ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan YMR En Yusof dan pasangannya Puan Maraini.

Ribuan terima kasih, kepada EN MEOR JOHAIDI dan pasangan PUAN SITI NUR ZULIANA, kerana bertungkus lumus menjayakan program SANTAI BERSAMA AL-RUMMAN ini. Semoga program ini dapat membuka lebih banyak peluang untuk ahli YMR selepas ini.

               

              

 

 

 

AL-RUMMAN COCOA PREMIUM

Memperkenalkan produk keluaran terbaru YMR International Marketing, Al-Rumman Cocoa Premium. Produk minuman pracampuran cocoa dengan delima, madu, kurma dan arab gam. Al-Rumman cocoa premium, dapat dinikmati seisi keluarga, dengan hanya segelas dapat memberi tenaga untuk sepenuh hari. 

Menggunakan bahan-bahan yang berkualiti, dan terpilih untuk memastikan pengguna dapat menikmati minuman yang lazat serta berkhasiat.

Untuk keterangan lanjut, hubungi HQ YMR atau stokis berdekatan anda

Memperkenalkan produk keluaran terbaru YMR International Marketing, Al-Rumman Cocoa Premium. Produk minuman pracampuran cocoa dengan delima, madu, kurma dan arab gam. Al-Rumman cocoa premium, dapat dinikmati seisi keluarga, dengan hanya segelas dapat memberi tenaga untuk sepenuh hari.

 

Untuk keterangan lanjut, hubungi HQ YMR atau stokis berdekatan anda

 

SELAMAT HARI RAYA

 

Ramadhan bakal beransur pagi,
Syawal menjelma di Aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon maaf kekhilafan diri

Bulan Ramadhan bulan mulia,
Di sambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulur maaf dipinta.

PROGRAM ZON UTARA

Alhamdullilah bermula pada 09 Februari sehingga 14 Februari, Pihak YMR dan AJAF telah menjayakan beberapa jenis program di sekitar Zon Utara. Program seperti NDT dan Home sharing telah diadakan dengan jayanya dengan kerjasama Leader-leader hebat di Zon Utara, tidak lupa kepada ahli-ahli YMR disana yang sudi menyertai program kali ini.

Tidak lupa kepada Master Trainer AJAF iaitu Master Musly Zambrie serta En. Syahmir yang bertungku lumus untuk menjayakan program kali ini, semoga program-program seperti ini dapat diadakan sekerap mungkin untuk membantu ahli-ahli YMR. 

  

  

  


" Banyak hal yang boleh menggagalkan Anda mewujudkan impian Anda. Setiap orang yang sukses juga mengalami itu, kalau mereka boleh melewati semuanya, Anda juga boleh melewatinya. Jangan menukarkan impian indah untuk orang-orang yang Anda cintai dengan keputusasaan. Jangan berhenti, terus berjuang! "

Seminar Usahawan Sukses

Seminar Usahwan Sukses yang telah berlansung pada 13 January 2018 di Kuala Kangsar. Kepada Leader Kuala Kangsar En. Aasim yang sudi menganjurkan Seminar ini, ribuan terima kasih diucapkan atas kerjasama, bantuan dan semangat yang ditunjukkan untuk menjayakan seminar ini.

Kepada Leader-leader lain seperti En. Fitri dan Puan Fathi Salamah, En. Rabbani, En. Nazeri dan ramai lagi yang sudi bersama-sama untuk menjayakan seminar ini.

 

  

  

Kepada ahli YMR yang menyertai seminar ini, semoga dengan ilmu dan tips yang dikongsi oleh Master Mus, dapat membantu serba sedikit dalam anda menuruskan perjuangan dalam YMR International.

Tidak lupa kepada MD YMR International, Tuan Mohd Yusof yang datang jauh dari Terengganu untuk berkongsi tips2 dan pelbagai lagi kepada ahli-ahli, Jasa baik Tuan amat kami hargai.

" Tundukan hati di dalam menempuh hari-hari kita di dalam mencapai impian kita. semakin kita tunduk, semakin banyak ilmu dan rezeki akan mengalir kepada kita." - Dr.Azizan Osman

Semoga kita bertemu lagi didalam seminar yang akan datang.

Seminar Usahawan Sukses Sungai Petani

Syukur alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. 
Program S.U.S (Seminar Usahawan Sukses)

 

MALAM ANUGERAH GRAND PREVIEW YMR

YMR International Marketing sdn. bhd. telah menganjurkan Malam Anugerah Grand Preview pada 23 Disember 2017, di Hotel Taiping Perdana, Taiping, Perak. Kehadiran ahli-ahli YMR dari sekitar Perak, Perlis dan Kedah sangat-sangat dihargai.

Selain dari Majlis Anugerah, Cabutan bertuah juga diadakan pada malam itu. Hadiah-hadiah seperti, motorsikal, barang kemas, wang tunai serta pelbagai hadiah lain telah disediakan. Tahniah kepada mereka yang bertuah pada malam tersebut.

    

Kepada MD YMR, Tuan Mohd Yusof dan keluarga yang sudi hadir untuk sama-sama meraikan Malam Anugerah Grand Preview ini sangat dihargai. Tidak lupa kepada AJAF iaitu Master Trainer Master Mus dan Sifu M.Rozi yang sama-sama menjayakan Malam Anugerah Grand Preview kali ini.

Terima kasih kepada Pengarah Delima Ustaz Nadzaruddin yang sudi meluangkan masa dan sudi berkongsi tips kejayaan beliau selama hampir 7 tahun bersama YMR. Semoga dengan perkongsian beliau, ahli-ahli YMR yang hadir turut merasa bersemangat untuk terus bersama YMR.

 

 

 

Kepada leader-leader hebat di zon utara, Ustaz Nazeri, Ustaz Azmi, Ustaz Aasim,Ustaz Fitri, Ustaz Ridhwan, Ustaz Rabbani dan lain-lain, jutaan terima kasih kami ucapan kerana bertungkus lumus bersama HQ untuk menjaya Malam Anugerah Grand Preview.

Tidak ketinggalan juga ribuan terima kasih kepada staff YMR yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

Semoga dengan majis-majlis seperti ini, kita dapat mengeratkan lagi silaturahim antara pihak syarikat dan ahli-ahli YMR. Jumpa lagi di lain program.

BOP KOTA BHARU

Syukur alhamdulillah, program BOP di Royal Guest House kota Bharu telah berjalan dengan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada leader-leader dan ahli-ahli yang sanggup datang untuk menimba ilmu walaupun keadaan hujan lebat.

Ribuan terima kasih kepada Master trainer Master Musly , Sifu M.Rozi mohamed, Pengarah Delima Ustaz Nadzaruddin, 
Dr. Amir, Puan Azita di atas perkongisan yang telah diberikan dan juga Emcee Hebat kita En.Mohd Faizol

Dan jutaan terima kasih kepada staff YMR yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

  

  

 

  

  

 

SEMINAR TEKNIK PENAJAAN BERKESAN

Pada 22 Oktober 2017, AJAF telah sekali lagi mengadakan Seminar di Kuala Kangsar.

Seminar Teknik Penajaan Berkesan (STPB) telah berlangsung dengan jaya atas sokongan daripada ahli-ahli serta leader di Kuala Kangsar

Seminar Teknik Penajaan Berkesan ini diadakan di Dewan Seminar BC Ustaz Aasim, Pro Fast 2017, Persiaran Putra 1, Jalan Taiping, KUALA KANGSAR, PERAK

Aktiviti bermula daripada jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 5.30 petang. Sijil penyertaan telah disediakan kepada peserta-peserta seminar. 

   

   

  

    

Terima Kasih kepada peserta-peserta seminar yang tidak jemu-jemu bersama dan menyokong kami. 

MAJLIS PERLANCARAN PROGRAM PEMINDAHAN ILMU UNIVERSITI - KOMUNITI

MAJLIS PERLANCARAN PROGRAM PEMINDAHAN

ILMU UNIVERSITI - KOMUNITI

 

Pada 07.10.2017, Pertukaran Perjanjian Pengkomersialan antara UniSZA dan YMR International Marketing Sdn. Bhd. telah diadakan. 

Usahasama ini adalah untuk satu produk baru yang akan dikeluarkan pada December 2017. Produk yang berasaskan madu kelulut sesuai untuk dikhususkan untuk orang dewasa. 

Nantikan Produk terbaru ini dipasaran anda! 

Majlis Perlancaran Pecipta '17 oleh Yang Berhormat Dato' Mohd Zubair bin Embong

Pertukaran Perjanjian antara Prof. Madya Dr. Khamsah Suryati Mohd dan En. Mohd Yusof

Pertukaran Perjanjian Pengkomersialan antara UniSZA dan YMR International Marketing Sdn. Bhd.

  

Lawatan Yang Berhormat Dato' Mohd Zubair bin Embong ke booth YMR International Marketing sdn. bhd.

CEO YMR International Marketing sdn. bhd. di booth kami di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu

Semoga usahasama antara UniSZA dan YMR International Marketing sdn. bhd. berjalan lancar dan berjaya. 

 

Terima Kasih Kepada Semua yang terlibat dalam menjayakan produk baru YMR yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Selamat Datang Ke

 YMR INTERNATIONAL MARKETING SDN BHD


GAMBAR AKTIVITI

KURSUS KEPIMPINAN YMR, SG.PETANI, KEDAH

No images found.

Alamat

YMR INTERNATIONAL MARKETING SDN BHD
Reg No: 1005016-H   Ajl No: 931993
PT 13902, Lorong 3 Kiri, Jalan Gong Pasir, 
23000 Dungun, Terengganu 
(GST ID No : 000174850048)


Gps.
(Lat: 4.747, Lng: 103.410)

 

 

Tel : 09-8442775 / 09-8451775        
Fax : 09-8484775
Hotline : 013-9476411 / 013-9686411

Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

Facebook.
https://www.facebook.com/pages/Ymr-International-marketing-sdn-bhd

 

 

Waktu Operasi : 


Ahad - Khamis (8.45 am - 5.45 pm)
Sabtu (8.45 am - 12.45 pm)

Online bookmaker Romenia betwin365.webs.com