The best bookmaker bet365

Дървен материал от www.emsien3.com

Latar Belakang Syarikat

Posted in Info Syarikat

YMR INTERNATIONAL MARKETING SDN BHD ditubuhkan pada Julai 2011 dan mula beroperasi pada Ogos 2011. Syarikat ini bertapak di No 5, Lot 70737 Taman Perlandang Nur Hidayah 4, Pulau Serai, 23000 Dungun, Terengganu.

YMR INTERNATIONAL MARKETING SDN BHD menawarkan 3 kategori produk antaranya adalah :

  • Produk Kesihatan
  • Produk Isi Rumah
  • Kosmetik

 

Produk Kesihatan

Jus Delima Al-Rumman merupakan produk utama yang ditawarkan oleh syarikat ini. Produk ini dihasilkan dari 100% perahan jus delima organik. Terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat jus delima ini antaranya melawan dan membunuh sel kanser, menyingkirkan lemak yang berlebihan dan pelbagai lagi. Selain itu, syarikat ini juga menawarkan produk minuman kopi, susu kambing dan koko berasaskan delima. Minuman ini telah dicampurkan bersama ekstrak buah delima bagi menambahkan khasiatnya.


Produk Isi Rumah

Syarikat ini juga menawarkan produk isi rumah kepada pengguna seperti sabun basuh, sabun mandi, ubat gigi, pencuci pinggan, pencuci lantai, pelembut pakaian, peluntur kain, pewangi rumah dan pelbagai. Selain itu, syarikat juga akan menawarkan produk pencuci kereta, pengilat kereta, pewangi kereta dan sebagainya.


Kosmetik

Alat-alat kosmetik seperti bedak, minyak wangi dan pencuci muka, bedak badan, bedak alas, penyegar, krim pelembap, krim pemutih dan alat kelengkapan bayi seperti syampu bayi, bedak bayi dan mandian bayi juga akan ditawarkan oleh syarikat ini.

 

Visi

Menjadi sebuah syarikat Malaysia yang berjaya dalam bidang perniagaan dan pemasaran melalui penjanaan ekonomi ummah yang berdaya saing di dunia global.

Misi

  • Melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera yang berminat dalam bidang permasaran dan perniagaan tanpa mengira pangkat.
  • Membantu menjana dan menambahkan pendapatan sampingan kepada orang ramai.
  • Membuka peluang pekerjaan di samping mengurangkan kadar pengangguran dengan menggalakkan golongan ini terlibat dalam bidang perniagaan.
  • Mempertingkatkan kualiti hidup dan kesihatan masyarakat dengan penggunaan produk syarikat ini.

Online bookmaker Romenia betwin365.webs.com