The best bookmaker bet365

Дървен материал от www.emsien3.com

SANTAI PETANG BERSAMA AL-RUMMAN

Posted in Artikel Muka Depan Web

 

 

 

HARI PELANGGAN : SANTAI BERSAMA AL-RUMMAN

Program Santai Bersama Al-Rumman berlangsung pada 04 Disember 2021, di Astana Fartisha, Ipoh, Perak. Program yang padat dengan input-input kepada ahli-ahli YMR juga kepada pengguna baru YMR. Perkongsian tentang pengenalan syarikat yang padat dari En. Meor Johaidi amat membantu ahli-ahli untuk mengenali dengan lebih baik perihal syarikat.

Slot seterusnya daripada En. Muhd Fitri tentang kebaikan serta kelebihan produk Halal serta kelebihan produk Halal di dalam penggunaan harian kita. Program diselitkan dengan aktiviti cabutan bertuah, 15 pemenang bertuah memenangi pelbagai hadiah menarik dari pihak HQ.

Program diteruskan dengan penerangan produk Al-Rumman dan pelan pemasaran YMR International Marketing Sdn. Bhd. Oleh Pengarah Urusan En. Mohd Yusof. Penerangan yang jelas dan tepat oleh beliau dapat membantu ahli-ahli YMR memahami dengan lebih baik cara-cara untuk memulakan perniagaan dengan YMR International Marketing Sdn. Bhd.

Program diteruskan dengan pengiktirafan kepada ahli YMR yang bertungkus-lumus dalam jualan produk YMR. Penyampaian sijil ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan YMR En Yusof dan pasangannya Puan Maraini.

Ribuan terima kasih, kepada EN MEOR JOHAIDI dan pasangan PUAN SITI NUR ZULIANA, kerana bertungkus lumus menjayakan program SANTAI BERSAMA AL-RUMMAN ini. Semoga program ini dapat membuka lebih banyak peluang untuk ahli YMR selepas ini.

               

              

 

 

 

Online bookmaker Romenia betwin365.webs.com